Jumaat, 26 Mac 2010

Saka

Hantu dalam Islam
Dalam Islam, tidak wujudnya hantu, tetapi yang dikelaskan sebagai hantu merupakan jin yang mengganggu manusia. Setan yang juga tergolong dalam kelompok jin, dan jin dikenali sebagai mahkluk halus yang tinggal di dalam alam lain. Bagaimanapun, kumpulan jin ini boleh memasuki alam manusia. Terdapat jin yang membuat hubungan dengan manusia dan berkhidmat dengan manusia dengan matlamat menyesatkan manusia seperti merosakkan akidah dan sesama manusia. Persahabatan ini dikenali sebagai saka.
Saka merupakan merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan memeliharakan diri. Saka ini dikatakan terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka. Saka ini biasanya perlu dijaga dengan dijamu acak (telur, ayam panggang, pulut kuning) sesuai menurut persetujuan tuan asalnya. Biasanya pemilik saka akan memanggil saka mereka dengan pelbagai panggilan termasuk akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain panggilan.
Saka ini perlu diwariskan kepada orang lain sebelum tuannya mati. Sekiranya tidak, pemilik saka sukar mati atau sakanya membuat onar dengan mengganggu jiran-jiran pemilik lamanya.
Pada kebiasaannya saka ini diwarisi dikalangan keluarga pemilik asal, tetapi terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa saka ini boleh diwariskan kepada kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula terdiri sama ada menerusi perbuatan seperti bersalaman atau menerusi lafaz seperti: “engkaulah sahabat aku dunia dan akhirat.”
Matlamat
Ilmu saka ini biasanya dituntut sebagai cara memelihara diri atau harta benda daripada musuh. Terdapat pelbagai jenis saka, bergantung kepada tujuan dan matlamat pemilik asal dan jenis saka/jin yang dirapati. Selain itu, ia juga boleh digunakan bagi menginyanya musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.
Kelebihan
Saka ini boleh digunakan bagi membantu pemiliknya dalam kerja seharian, seperti bertani, memburu dll. Sebagai contoh saka telinga, membolehkan tuannya mendengar pergerakan haiwan semasa memburu.
Jenis-jenis saka
Saka merujuk kepada semua jenis jin/shaitan yang didampingi oleh seseorang dan ini termasuk:-
1. Bajang
1. Toyol
2. Polong
3. Pelesit
4. Hantu raya
5. Saka haiwan
6. Puntianak
7. Langsuir
8. Penanggal
9. Pocong
Kelemahan
• Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam agama Islam.
• Saka ini akan berpindah kepada waris setelah kematian tuan asal dan saka yang tidak dipelihara dengan dijamu akan merasuk tuan barunya. Ini menimbulkan masaalah kerana tuan baru biasanya tidak mengetahui kehadiran dan kehendak saka tersebut. Semakin lama saka itu diwarisi, semakin sukar untuk membuang saka tersebut.
• Saka yang tidak diwarisi waris biasanya akan berkeliaran dan akan mengamuk dan menganggu orang sekeliling. Kebiasaannya, sekiranya waris itu seorang yang kuat semangatnya, saka itu akan berpindah kepada anak kecil siwaris tersebut.
Penghapusan
Saka biasanya sukar dihapuskan. Dengan itu saka biasanya dipujuk agar berjamu dalam satu bekas yang dikenali sebagai acak dan hanyutkan melalui sungai ke laut, atau kadang-kala saka ini diikat kepada sesuatu objek yang dianggap kekal bagi menghalang saka berkeliaran mengganggu orang ramai.
Penelitian secara ilmiah
Kemungkinan saka ini membabitkan penyakit keturunan, yang kemudiannya dikaitkan dengan saka sebagai satu cara penjelasan.

Tiada ulasan: